Thursday, March 15, 2012

Almond London



Almond London ialah biskut wajib dibuat selain tat nenas, cornflakes madu dan choclote chips. Untuk cookies ini akak tetap pilih resepi yang telah digunakan lama dulu... dan biskut ini juga yang telah mengheret akak menjual biskut raya terutamanya almond london. Tetapi dua tiga tahun kebelakangan ni akak tak larat dah nak ambil tempahan...untuk buat sendiri pun tercungap-cungap ...dan masa yang ada pun banyak sangat hal nak diuruskan. Ini pun sempat buat dua adunan sahaja tetapi sesi mencelup coklat akak serah 100% kat anak dara yang sorang tu. Resepi ni diperolehi lama dulu selepas akak masuk kelas cookies. Tetamu yang datang mesti tanya resepi ni dan akak pernah entry tahun lepas tengok the best almond londonml member yang cuba resepi ni pun cakap memang sedap almond ni dan ada yang dah pun menjual almond london ...alhamdullillah.. Meh kita tengok sekali lagi resepi almond london ....

Bahan-bahan :

bahan A :
Butter - 250 gram
tepung susu - 50gm
Gula halus - 130 gm

Bahan B :
Telur kuning - 40 gm
serbuk badam - 180 gram ( guna 100 gram shj)
Tepung gandum - 410gm
Emplex - 1 sk
Butter vanilla - 1 sk

Bahan C:
Coklat masakan 400-500gm
Hyfat - 20 gm (koko butter)
papercup no 1
Badam cincang - hiasan
Badam biji - 100gm - 150gm (bakar)

Langkah-langkah membuat :

Pukul bahan A hingga sebati - jangan lama sgt nanti adunan kembang..
Masukkan kuning telur, butter vanilla - pukul sebati.
Campurkan serbuk badam ( bakar dulu 10m). Gaul sebati.
Masukkan tepung dan emples yang telah diayak sedikit2 ke dalam adunan A. Jadikan doh.
Balut doh dengan 1 biji badam dan buat hingga selesai.
Bakar lebih kurang 15 minit-20 minit. Sejukkan atas redai.
Cairkan coklat masakan secara double boiler dan campur Hyfat ( untuk kilatan )
Celup biskut ke dalam coklat dan masukkan dalam papercup.
Tabur badam cincang. Siap.

Akak dah try macam2 versi almond london ada yang guna bahan tambahan seprti tepung jagung, tepung beras dan kastard. Ok jugalah tapi penggunaan serbuk badam ke dalam adunan doh biskut menyebabkan biskut ni mempunyai rasa yang tersendiri...rangup dan harum..Tak caya cubalah...berbaloi..jumpa lagi...


Biskut Sampan Kelapa Madu ( Edit semula)






Assalamualaikum.. Biskut Sampan yang telah lama diidam untuk membuatnya mengidam dah beberapa tahun.. Biasa makan waktu dulu2..kebelakangan ni susah nak jumpa dah biskut ini..acuannya pun susah nak jumpa. Acuan ni dibeli 2 tahun lepas di kedai apek jual barang2 dapur..barulah tahun ni dicuba. Sebenarnya cubaan pertama , rujuk kat majallah..tapi mengecewakan sebab rasa tepung jagung je.. dah penjelasannya tak lengkap. Resepi yang ditayang ni cubaan ke2 diceduk dari My resepi tapi akak dah ubah. Barulah ada rupa biskut sampan dan rasanya ada umphhh...terimakasih kepada mama kastam tioman .


Bahan-bahan :
Kulit :
250 gram butter
1 cawan gula castor
1 cawan tepung jagung
31/2 cawan tepung gandum

Inti :
125 gram butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanilla
1 cawan tepung jagung
1 tin kelapa kering
450 gram buah2an campur


Langkah membuat:
Untuk kulit:
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit2 hingga doh menjadi lembut dan tak melekat dijari.
3. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan yang telah dilenser menjadi bentuk sampan
4. Masukkan inti ditengah2 sampan dan sapu inti hingga menutupi sampan.
5. Hias dengan ceri merah atau hijau.
6. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C

Untuk inti:
1. Pukul butter, gula dan telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung, kelapa dan buah2an ke dalam adunan dan gaul.
3. Uli menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.

Biskut Cornflakes & Bijan Hitam


Biskut seterusnya untuk malam ini, nak kongsi dengan kekawan semua , biskut ni nampak tak cantik tapi sedap. Gabungan cornflakes dan bijan hitam ni membuat biskut ini ada rasa tersendiri. Kalau nak tau cuba buat. Disebabkan dah tengah malam sgt ni, ringkaskan cerita akak jumpa dalam blog kekawan , tak boleh nak ingat namanya nanti akak semak balik ya.. Apapun akak kena updatekan apa yang ada dulu untuk rujukan akan datang...



Bahan-bahan :

250 gram butter
200 gram gula castor ( kurangkan ke 170 gram )
1 biji telor
375 gram tepung gandum ( ganti tepung ros)
1 st baking powder
1 st vanilla
40 gram bijan hitam ( sangai dulu)
150 gram cornflakes (ramas2 )

Cara membuat:
1. Putar butter dan gula castor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar sebati. Masukkan vanilla.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke dalam bahan di atas.
4. Gaul rata dan masukkan bijan hitam dan cornflakes yang sudah diramas. Gaul sebati.
5. bentukkan adunan dan bakar dalam masa 15-20 minit dengan suhu 170.
6. Boleh juga diterap tapi kena biarkan doh dahulu selama 20 minit.

Ini salah satu biskut yang paling cepat disiapkan tetapi sedap.. Kalau hendak diterap dengan acuan, rehatkan doh selama 20 minit dan torak. Akak hanya menggunakan garpu dan tekan seperti membuat choc chip.. okeh mata dah ngantuk sgt ...jumpa lagi ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...